Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 18, 2016

[BERA] NASIB MANGSA KEBAKARAN DIBELA


Nasib mangsa kebakaran dibela


Nasib lima keluarga mangsa kebakaran di Kampung Baru di sini, kelmarin mendapat perhatian pelbagai pihak.

Ketua Wanita Umno Bahagian, Sabariah Saidan berkata, kesedihan dialami semua keluarga ini tidak dapat dibayar ganti dengan wang ringgit kerana setiap rumah mempunyai nostalgia yang sukar dilupakan.

“Namun, dengan bantuan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan kesukaran dialami mereka. Setiap jabatan berkenaan dan individu turun membantu dalam pelbagai aspek termasuk memberi sokongan moral kepada mangsa.

“Apa yang berlaku adalah di luar jangkaan. Saya harap semua keluarga ini dapat menerima kenyataan dan tabah dengan kesukaran ini,” katanya.

Beliau menyerahkan bantuan wang tunai kepada lima keluarga terbabit kebakaran yang berlaku kelmarin.

Sementara itu, salah seorang wakil mangsa, Wong Woei Keong, 43, berkata, pihaknya berterima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan kerana sedikit sebanyak mengubat kesedihan mereka.

“Memang bantuan atau sumbangan yang kami terima itu tidak dapat menggantikan kehilangan kami, tetapi kami berterima kasih kerana mereka prihatin dengan apa yang berlaku. Malah, semua penduduk di sini saling memberikan kerjasama dan membantu, itu sudah membuatkan kami gembira,” katanya.


0 comments:

share2