Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 18, 2016

JANGAN JADI PENYEMBAH KUBUR, KATA NIK ABDUH


Nik Abduh Nik Abdul Aziz


Kota Bharu - Nik Abduh, Nik Abdul Aziz menyelar mereka yang menggunakan nama Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menarik sokongan ahli Pas supaya menyertai himpunan Bersih 5.

Ketua Pemuda Pas itu berkata, arahan yang dikeluarkan oleh ayahnya untuk menyokong himpunan Bersih ketika itu dibuat atas kapasiti sebagai Mursyidul Am Pas.

“Itu arahan parti masa itu, bukan arahan peribadi Allahyarham. Mursyidul Am yang memutuskan sesuatu atas sifatnya sebagai ketua majlis syura ulama,”

“Kalau nak pakai arahan yang boleh berubah sifatnya itu dari orang yang dah mati, itu perangai penyembah kubur namanya, ”katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa yang menyatakan ahli Pas wajib menyertai Bersih kerana ia adalah pesanan daripada Allahyarham Nik Aziz.

Pas sebelum ini menyatakan tidak akan menyertai Bersih kerana tidak bersetuju atas beberapa perkara yang tidak selari dengan Pas.

Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pas Mas melahirkan kesal dengan mereka yang tidak pula mahu mengikut amanah Allahyarham yang bersifat peribadi seperti Istiqamah dalam perjuangan.

“Arahan yang pasti bersifat peribadi yang tidak berubah iaitu Tok Guru istiqamah dengan perjuangan Islam dan jangan menentang, kenapa ini tidak ikut?” soalnya.


0 comments:

share2