Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, October 22, 2016

KEMBARA 'PAHANG TO LONDON' DI URALSK, KAZAKHSTAN

Yb. Dato' Shahaniza Shamsuddin, Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga,
Komunikasi dan Multi Media Negeri Pahang berganbar kenangan bersama
sebahagian peserta dan penumpang wanita konvoi kembara 'Pahang To London'.


Oleh: Azam Abd Rahman - Uralsk, Kazakhstan.

Team kembara 'Pahang To London' yang bermula dari Kuantan pada 24hb September lalu hari ini telah tiba di Uralsk, Kazakhstan.

Mereka dijangka akan menyeberangi sempada Russia untuk ke Saratov sejauh 448 km pada pagi esok 16hb. Oktober.

Sehingga kini konvoi telah melakukan perjalanan sejauh lebih 11,000 km dengan merentasi beberapa buah negara antaranya Thailand, Laos, China dan Kazakhstan.

Jarak keseluruhan yang peserta konvoi perlu tempuhi adalah dianggarkan sekitar 20,000 km untuk tiba ke destinasi penamat iaitu London yang dijangka pada 5hb. November nanti.

Sebanyak 17 kenderaan pacuan 4 roda dengan seramai 69 peserta dan penumpang menyertai ekspedisi ini dalam rangka promisi 'Tahun Melawat Pahang 2017' yang disetuskan oleh Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Yb. Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsuddin.

Sebagai sokongan kepada peserta konvoi, beberapa Exco dan Adun Negeri Pahang turut hadir di Almaty, Kazakhstan pada 14hb. Oktober lalu untuk memberi sokongan moral.

Berbagai pengalamat perit yang ditempuhi oleh peserta konvoi termasuklah cuaca ribut salji dan cuaca sejuk sebaik sahaja masasuki Kazakhstan ini kerana kebanyakan kenderaan yang dibekalkan tidak memiliki sistem pemanas seperti yang sepatutnya. Pihak penganjur terpaksa mendapatkan 'portable heater' bagi mengatasi masalah berkenaan.

Di Russia dan Poland peserta konvoi dijangka akan menghadapi masalah cuaca yang sama seperti di Kazakhstan. Bagaimanapun di negara-negara lain seperti France dan England, cuaca dijangka lebih selesa dengan dianggarkan sekitar antara 9-11 oC.



Sebahagian peserta dan penumpang konvoi bergambar
bersama Yb. Dato' Sri Mohd Sharkar 


Yb. Dato' Shahaniza Shamsuddin, Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, 
Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang di Almaty.

0 comments:

share2