Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, October 16, 2016

CIA SASAR PUTIN


Vladimir Putin


New York - Agensi Perisikan Pusat (CIA) didakwa merancang serangan siber tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Rusia sebagai respons terhadap Moscow yang dituduh campur tangan dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS).

Kelmarin, NBC News melaporkan CIA telah diminta untuk menggariskan operasi siber sulit yang direka untuk 'memalukan' Rusia.

Bagaimanapun, laporan memetik kenyataan pegawai yang tahu mengenai rancangan itu tidak mendedahkan bagaimana bentuk serangan tersebut, namun mengesahkan agensi risikan terbabit mula membuka 'pintu siber', memilih sasaran dan membuat persediaan lain untuk operasi berkenaan.

"Penggodam CIA berjaya mengumpulkan dokumen penting yang melibatkan Presiden Vladimir Putin. Beliau dilihat sebagai sasaran utama mereka dan pasti menjadi perkara sangat memalukan jika didedahkan kepada umum," jelas laporan itu lagi. 

Terdahulu, Timbalan Presiden AS, Joe Biden berkata, Washington telah 'menghantar mesej' kepada Putin sebagai tindak balas terhadap siri penggodaman menyasarkan Parti Demokrat.

Sebelum ini, pegawai risikan dan calon Parti Demokrat, Hillary Clinton mendakwa Moscow melancarkan serangan siber untuk memberi kelebihan kepada Donald Trump.

Rabu lalu, Putin menolak sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menegaskan insiden penggodaman tersebut tiada kaitan dengan kepentingan Rusia.


0 comments:

share2