Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 11, 2016

BEKAS WARTAWAN MALAYSIA JADI DATUK BANDAR DI NZ


K. Gurunathan


Wellington - Bekas wartawan kelahiran Pulau Pinang yang berhijrah ke Wellington, New Zealand pada tahun 1995 dilantik menjadi Datuk Bandar Kapiti Coast, apa yang digambarkan media tempatan sebagai keputusan yang mengejutkan.

K. Gurunathan, bekas editor khas untuk akhbar theSun, dilaporkan menewaskan lima calon lain termasuk penyandang satu penggal Ross Church dengan undi sebanyak 2,300 undi majoriti untuk penggal 2016 - 2019.

"Mesej utama dalam kempen adalah keterbukaan, ketulusan dan kebertanggungjawaban.

"Menjadi pendatang dari masyarakat minoriti bukanlah satu isu walaupun ada antara mereka yang mengundi saya berkata saya tidak boleh menang jawatan tersebut," katanya dalam temubual dengan The Star.

Gurunathan, 63, pernah menjawat jawatan sebagai ketua wartawan The National Echo, editor akhbar DAP, The Rocket dan menjadi pengulas politik untuk akhbar New Straits Times.

Selepas berhijrah, beliau bekerja untuk akhbar komuniti tempatan, The Kapiti Observer antara tahun 1995 hingga 2008 dan Kapiti News.

Katanya, rekod sebagai ahli majlis selama dua penggal sejak 2010 membantu kemenangannya.

Gurunathan berkahwin dengan Claire dan mempunyai tiga orang anak, Jessie Gayathri, 33, Ravi, 29, dan Ari, 19.


0 comments:

share2