Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, September 25, 2016

WORLD WOMEN #QURANHOUR UNTUK MANTAP HATI WANITA


World Women #QuranHour untuk mantap hati wanita


World Women #QuranHour (WWQH) yang julung- julung kali diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini berjaya mengumpulkan kaum hawa dari pelbagai latar belakang untuk bersama-sama dengan al-Quran.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff, program dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta yang terlibat.

"Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan lebih-lebih lagi kami mendapat sokongan daripada Rumah Ngaji serta NGO lain.

"Kami juga dapat lihat ramai wanita dari latar belakang yang berbeza hadir untuk sama-sama membaca al-Quran," katanya ketika ditemuramah selepas program Women World #QuranHour di ibu negara, hari ini.

Mengakui bahawa kesuntukan masa untuk membuat program ini, Marhaini bagaimanapun menzahirkan perasaan bangga kerana program ini berlansung dengan jayanya.

"Program ini adalah berterusan selepas program World #QuranHour tempoh hari.

"Masa yang diberi agak terhad iaitu kurang dari dua minggu tetapi dengan bantuan banyak pihak, program dapat berlangsung dengan jayanya," katanya lagi.

Menurut beliau lagi, wanita memainkan penting dalam keluarga dan rumah tangga. Oleh itu, mereka perlu dimantapkan dengan ayat-ayat al-Quran yang menyentuh hal wanita.

"Sebab utama kami membuat Women World #QuranHour adalah untuk para wanita sendiri kerana mereka sendiri perlu dimantapkan dengan al-Quran.

"Selain itu, kami juga ingin mengajak agar para wanita ini untuk kembali pada al-Quran dan mantapkan diri sendiri untuk masa akan datang," tambahnya lagi.


0 comments:

share2