Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, September 21, 2016

SAMBUTAN BESAR-BESARAN WIRA NEGARA


Paralimpik Hero Rio


Sambutan besar-besaran serta perarakan di sekitar ibu negara akan diberikan kepada wira emas Malaysia di Sukan Paralimpik Rio yang pulang ke tanah air, esok.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perarakan itu akan diadakan selepas sambutan kepulangan mereka di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Menurutnya, sambutan ini diadakan bagi meraikan pencapaian terbaik negara dalam penyertaan Sukan Paralimpik yang membawa pulang tiga pingat emas dan satu gangsa.

“Penghormatan untuk hero-hero kita amat wajar berikutan pencapaian terbaik yang telah disumbangkan mereka untuk negara dalam sejarah Sukan Paralimpik.

"Ini amat membanggakan kami kerana dapat menganjurkan sesuatu untuk mereka,” katanya.

Khairy juga meminta rakyat Malaysia supaya turut bersama meraikan atlet Paralimpik negara di beberapa lokasi di sekitar ibu negara.

“Di media sosial kita dah sokong, jangan berakhir setakat itu sahaja. Jom kita sambut wira-wirawati kita ini! Jika anda kata anda ambil berat mengenai atlet Paralimpik, datanglah meraikan mereka di ibu negara, Khamis ini.

“Kontinjen Paralimpik akan tiba di KLIA kira-kira jam 3.05 petang dan mereka akan diraikan terlebih dahulu di Kompleks Bunga Raya bersama Perdana Menteri dan isteri sebelum diarak menaiki bas menuju ke pusat bandar Kuala Lumpur.

“Rombongan yang membawa kontinjen Paralimpik kita akan berhenti selama 15 minit di dua lokasi iaitu di KLCC (berhadapan pintu masuk Dewan Filharmonik Petronas) dan Pavilion.

“Selepas itu kita ke Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan untuk meraikan hero-hero kita di situ bersama keluarga dan rakan-rakan mereka," jelasnya.

Sumber

0 comments:

share2