Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 20, 2016

LIMA BOM DIJUMPAI DALAM SATU BEG


Lima bom dijumpai dalam satu beg


New Jersey - Sebuah beg yang mengandungi lebih daripada satu bom dijumpai di sebuah stesen keretapi semalam.

Laporan CNN mengatakan perkara tersebut disahkan oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Datuk Bandar, Chris Bollwage.

Kata Chris, lima bom dijumpai dalam beg tersebut yang diletakkan berhampiran sebuah pub dan stesen kereta api.

Beg berisi bom berkenaan pada awalnya ditemui oleh dua lelaki yang menyangka beg berkenaan mengandungi barang berharga.

Sebaliknya, mereka menemui peralatan berasaskan wayar dan paip.

Skuad bom kemudian menggunakan robot untuk mematikan bom-bom tersebut.

Walau bagaimanapun, salah sebuah bom berkenaan meletup ketika sedang dimatikan.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Penyiasat masih menyiasat sama ada penemuan bom di New Jersey mempunyai kaitan dengan letupan bom di New York yang mencederakan 29 orang baru-baru ini.


0 comments:

share2