Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 27, 2016

PELAJAR MAUT KENA RENJATAN ELEKTRIK DI BILIK MANDI


Renjatan elektrik


Seremban – Seorang pelajar wanita universiti di Korea maut disyaki terkena renjatan elektrik ketika berada di dalam bilik mandi di rumahnya di Garden Homes, Seremban 2 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun berkata Lee Xing Ni, 19, terkena renjatan dari pemanas air mandian kira-kira pukul 11 malam.

“Terdapat kesan lecuran di bahagian sebelah kiri dada si mati dipercayai akibat renjatan tersebut.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar dan hasil bedah siasat mendapati punca kematiannya adalah disebabkan renjatan elektrik,” katanya.

Xing Ni merupakan penuntut komunikasi massa dan sedang menghabiskan cuti semester.


0 comments:

share2