Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, June 28, 2016

ROMBAKAN BERI KELEBIHAN BUAT KABINET SEDIA ADA


Reezal Merican Naina Merican


Shah Alam - Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memaklumkan bahawa pelantikan tokoh berpengalaman seperti Tan Sri Noh Omar dan Datuk Johari Abdul Ghani pastinya memberi kelebihan kekuatan buat kabinet sedia ada.

Menurut beliau, rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan tindakan tepat bagi membawa nafas dan tenaga baru di dalam dua portfolio teras iaitu kewangan dan perancangan ekonomi.

“Rombakan kabinet tidak wajar diukur kepada jumlah perubahan semata-mata tetapi juga kepada untaian pengalaman dan ketokohan mereka terlibat.

“Dua tokoh yang bakal menerajui dua portfolio ini adalah mereka yang sangat faham dengan perkaitan dasar ekonomi dan kesan langsungnya kepada rakyat,” katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, semalam.

Semalam, Najib mengumumkan penyusunan semula kabinet bagi mengisi kekosongan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan.


0 comments:

share2