Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, June 28, 2016

GAMBAR LAMA INI MENGEJUTKAN PEMILIKNYA KERANA...


Gambar Lama Ini Mengejutkan Pemiliknya Kerana...


Sepasang bakal pengantin dari China yang sedang memilih gambar-gambar mereka yang akan digunakan untuk majlis perkahwinan terkejut tatkala terlihat sebuah gambar yang dirasakan lain daripada yang lain.

Gambar itu yang diambil 15 tahun lalu itu memaparkan bakal pengantin lelaki Hedong Zhang, 29, sedang berposing di hadapan patung Giant Grand Buddha di Gunung Ling Shan dekat bandar Wuxi, wilayah Jiangsu.

Apa yang anehnya adalah, bakal isteri Zhang sangat mengenali susuk tubuh wanita berpakaian baju merah yang berada di belakang Zhang itu.

Ini kerana wanita tersebut sebenarnya merupakan ibu kepada bakal isteri Zhang yang dikenali sebagai Mummy Lu.

Sewaktu gambar itu diambil, Zhang baharu berusia 14 tahun.

Mummy Lu juga terkejut dengan penemuan yang tidak disangka-sangkakan itu.


Malah dia juga mempunyai gambar dirinya di lokasi berkenaan dan ternyata ada seorang wanita berpakaian hitam yang sama kelihatan di dua-dua gambar.

Sumber

0 comments:

share2