Dewasa ini, trend mengambil gambar sendiri atau lebih tepat dipanggil sebagai selfie sudah menjadi satu fenomena kepada generasi muda baik lelaki mahupun wanita.
Boleh dikatakan setiap orang seperti berlumba-lumba mahu mempamerkan gaya selfie terbaik sebelum dimuat naik ke laman sosial masing-masing.
Bagi yang lebih ekstrem, mereka akan memilih berselfie di tempat tinggi atau bersama haiwan liar.
Namun sedar atau tidak, hari ini selfie dilihat sebagai salah satu penyumbang kepada kematian dan jumlahnya kian meningkat saban hari.
Minggu lalu, satu lagi kes kematian melibatkan selfie telah dicatatkan di India. Kali ini, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun terbunuh ketika cuba mengambil gambar dengan pistol 0.32 kaliber milik bapanya.
Ramandeep Singh, secara tidak sengaja tertarik picu senjata api itu dan tertembak kepalanya sendiri. Dia disahkan meninggal dunia dua hari kemudian.
Berdasarkan satu statistik dikeluarkan tahun ini, India menduduki tempat teratas bagi kematian melibatkan selfie.
Dengan 49 kematian di seluruh dunia sejak tiga tahun lalu, negara itu menyumbang 19 daripada angka tersebut dan hampir 40 peratus daripada jumlah global.
0 comments:
Post a Comment