Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 7, 2016

TERSELAMAT SELEPAS HANYUT LEBIH 2 BULAN DI LAUTAN


Terselamat selepas hanyut lebih 2 bulan di lautan


Honolulu - Seorang pelayar Colombia berjaya diselamatkan selepas tersadai lebih dua bulan di Lautan Pasifik yang turut mengorbankan tiga rakannya, lapor AP.

Lelaki itu berjaya diselamatkan oleh sebuah kapal dagang di lebih 2,000 batu tenggara Hawaii dan berada dalam keadaan baik dan telah dibawa ke Honolulu.

Menurut Pengawal Pantai Amerika Syarikat, empat pelayar meninggalkan Colombia lebih dua bulan lalu.

Sementara itu, Pejabat Akhbar Tentera Laut Colombia berkata, kesemua pelayar tersebut memancing di kawasan perlindungan marin di Pulau Malpelo luar pantai Colombia ketika enjin bot mereka gagal berfungsi menyebabkan mereka terkandas di laut

Mangsa dikenalpasti sebagai Javier Eduardo Olaya, 29 berkata, tiga sahabat yang berasal dari Ecuador meninggal dunia.

Bagaimanapun mayat mereka tidak ditemui atas bot dan tidak jelas bagaimana mereka maut namun Javier masih menyimpan pasport mereka.

Pengawal berkata, Javier hanya makan ikan dan camar laut untuk terus hidup.

Dalam pada itu, seorang pengawal tentera laut berkata, bot bersaiz 23 kaki tidak pernah dilaporkan hilang malah bot itu turut tidak pernah didaftarjan di pelabuhan Colombia seperti yang sepatutunya.


0 comments:

share2