Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 2, 2016

#PRNSARAWAK: BN TIDAK PERNAH PINGGIRKAN RAKYAT




Miri: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum di negara ini sama ada yang bilangannya kecil mahupun tinggal di kawasan jauh terpencil di pedalaman.

Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kerajaan BN sentiasa memikirkan cara membantu mereka terutama di luar bandar.

“Itulah sebabnya kita memilih Datuk Gerawat Gala sebagai calon BN (kerusi) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu, etnik Kelabit yang berasal dari sini,” katanya ketika melawat Bario, semalam.

Beliau turut melancarkan Pejabat Kecil Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menempatkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di bawah satu bumbung.

Menurutnya, pejabat berkenaan akan dinaikkan taraf kepada Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dengan lebih banyak jabatan dan agensi kerajaan ditempatkan di bawah satu bumbung pada masa akan datang.

“Ramai pemimpin BN sendiri berasal dari luar bandar dan kita memahami keperluan rakyat yang tinggal di kawasan yang jauh dari bandar, tidak seperti pembangkang yang hanya memberi tumpuan kepada kawasan bandar saja.

“Mereka menolaknya (membangunkan kawasan luar bandar), tetapi kita bernasib baik kerana BN di Sarawak memperoleh undi cukup kuat bagi memastikan pembangunan dilaksanakan di kawasan luar bandar termasuk Mulu,” katanya.

Terdahulu, Gerawat dalam ucapannya berkata, biarpun ramai penduduk tinggal di tanah tinggi Bario dan pedalaman Baram yang dahagakan pembangunan, namun pembangkang tidak berminat membantu mereka.

“Satu contoh jelas dua tahun lalu apabila DAP menolak bajet tambahan RM1.5 juta untuk pembangunan kawasan luar bandar yang dibentangkan BN pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

“Kerajaan BN mengetahui apa juga keperluan rakyat di luar bandar dan sentiasa memikirkan cara untuk membantu mereka,” katanya.


0 comments:

share2