Sibu: Acara yang dianjurkan oleh Wanita Parti Rakyat Bersatu (UPP) yang membantah kenyataan yang telah dibuat oleh calon DAP Dudong, Yap Hoi Liong dalam ceramahnya beberapa hari lalu bertukar kecoh apabila bekas calon Bebas Hii Tiong Huat bertindak menyerang pengawal keselamatan yang sedang memberi amaran supaya menjauhkan diri dari kawasan berkenaan semalam.
Kejadian yang berlaku pada jam 2 petang itu di Dataran Sibu Gateway.
Hii Tiong Huat, 68 yang pernah menjadi calon Bebas pada Pilihanraya Negeri Sarawak ke 10 yang lalu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek menentang calon DAP, mendiang Wong Ho Leng dan calon BN, Chieng Buong Toon.
Tiong Huat, hanya mampu namun meraih 180 undi dan hilang wang deposit pilihan raya manakala calon BN pula memperoleh 4,700 undi dan Wong Ho Leng mendapat memenangi kerusi DUN tersebut sebanyak 13,527 undi.
Meskipun Tiong Huat telah diberi amaran supaya tidak masuk campur dalam program terbabit, namun dia tidak mengendahkannya sebaliknya mahu menyertai program anjuran kumpulan wanita terbabit.
Keadaan bertukar menjadi semakin tegang apabila Tiong Huat yang berasa tidak puas hati lalu bertindak memukul salah seorang pengawal keselamatan dengan menggunakan sebatang kayu.
Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) kerusi N52 Dudong Datuk Tiong Thai King, 72 pada ketika itu juga turut hadir dalam acara yang diadakan oleh kumpulan wanita berkenaan.
Terdahulu, sebelum kekecohan tersebut berlaku, Tiong Huat kelihatan sedang berdiri diatas sebuah van dan mempamerkan sebuah banting besar menyuruh orang ramai supaya pengundi mengundi semua calon yang bertanding.
Menurut hasil dari laporan media sebelum ini Tiong Huat dikatakan pernah dimasukkan ke wad psikiatrik di Hospital Kuala Lumpur.
0 comments:
Post a Comment