Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, May 6, 2016

'MEREKA BUKAN CULIK, ROGOL TAPI BANTU SAYA...'


'Mereka bukan culik, rogol tapi bantu saya...'


Subang Jaya – Polis menafikan berlakunya kes penculikan membabitkan mangsa seorang wanita warga Filipina dan tiga lelaki warga Nigeria seperti yang diviralkan dalam laman sosial beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, mangsa berusia 44 tahun mengakui dia adalah wanita dalam gambar itu dan membuat laporan polis menafikan dia diculik tiga warga asing berkenaan.

Sebaliknya mangsa mendakwa dia sebenarnya dibantu ketiga-tiga lelaki itu untuk pulang ke rumahnya di Pangsapuri Lagoon Perdana, Bandar Sunway kerana terlalu mabuk selepas menghadiri parti hari jadi di kawasan berhampiran.

Mohammad Azlin berkata, penafian oleh wanita itu melalui laporan polis dibuat sekaligus membuktikan tiada berlaku kes penculikan dan rogol seperti didakwa seorang lelaki yang memaparkan gambar tersebut di laman sosial.

“Mangsa seorang suri rumah beritahu dia hadir membuat laporan polis kerana ingin bersihkan nama ketiga-tiga lelaki warga Afrika dalam gambar tersebut yang mana seorang daripadanya adalah teman lelakinya,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas penyebaran gambar yang diviralkan di laman sosial tertulis: "Cepat Viralkan!!! Geng Negro Culik Dan Kendurikan Amoi Beramai-ramai di Subang Jaya."

Dalam gambar tersebut terpapar susuk tubuh tiga lelaki sedang mengangkat tangan dan kaki wanita yang kelihatan berpakaian seksi.

Gambar disebar individu dipercayai seorang lelaki itu turut meminta netizen berkongsi apa yang dipaparkannya.

Dalam rakaman tersebut turut dinyatakan kumpulan ini sedang giat melakukan jenayah culik dan rogol di sekitar Subang Jaya serta kawasan sekitarnya.

Penyebar gambar tersebut dalam kandungan gambar diviralkan turut menasihatkan gadis-gadis yang suka keluar malam, lebih berhati-hati selepas ini.


0 comments:

share2