Kuala Kangsar – "Meskipun pada permulaannya terkejut dengan pemilihan itu, namun kami sedar ruang pada PRK ini diberikan BN bagi meneruskan legasi kepimpinan Allahyarham papa, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad,” kata anak sulung, Wan Emir Astar, 26.
Menurutnya, sebagai individu yang sentiasa mendampingi Allahyarham, Datin Mastura Mohd Yazid tentu sekali mengetahui usaha dan hasrat sebenar perjuangan bapa mereka di kawasan itu.
“Ibu kami sentiasa ada dengan arwah 24 jam, jadi dia tahu apa yang warga Kuala Kangsar mahu. Saya rasakan sebab itu, pemimpin tertinggi meletak kepercayaan kepada ibu,” katanya.
Tambahnya, dia bersama tiga beradik lain akan melihat situasi dan keperluan semasa untuk turut membantu kempen PRK ini.
0 comments:
Post a Comment