Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 30, 2016

SINGKIR EXCO PAS: KATA DUA MUNGKIN TIDAK TEPAT


Tuan Ibrahim Tuan Man


Kuala Lumpur - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan pandangan agar Exco Pas disingkirkan dari Kerajaan Negeri Selangor jika masih berdegil untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar memang wujud.

Namun beliau menolak istilah yang digunakan kepada Pas sebagai ‘kata dua’.

“Istilah kata dua itu mungkin tidak begitu tepat. Cuma yang berlaku ialah, ada pandangan begitu,” katanya kepada Sinar Online dalam temu bual eksklusif, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya situasi sebenar tentang dakwaan bahawa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali telah memberi amaran untuk menyingkirkan Exco Pas daripada pentadbiran negeri sekiranya Pas tidak membatalkan hasrat untuk bertanding.

Namun Azmin telah menafikan perkara itu pernah berlaku.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, urusan PRK hanya melibatkan Parlimen dan tidak ada kena mengena dengan negeri.

“Bagi dia, kalau kita, duduk dalam satu kerajaan yang payahnya, dia nak duduk (pihak) di mana? Pas akan turun kempen calon Pas, PKR akan turun...oleh sebab dia sebahagian Pakatan Harapan, dia dilihat oleh rakyat nampak macam bertembung. Jadi, kalau satu kerajaan tapi bertembung macam mana nak jalan (kerajaan)? Sebab itu bagi Pas, ini urusan parti.

“Kedua, PRK ini pilihan raya Parlimen, tak melibatkan negeri pun. Kerusi negeri masih kekal seperti itu. Kemudian, kadang-kadang kita boleh berbeza pandangan dalam konteks parti tapi kita boleh bersama dalam konteks kerajaan. Banyak berlaku pun di luar negara. Sebelum Gerakan masuk BN pun sama,” katanya.


0 comments:

share2