Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, May 6, 2016

MAYAT WANITA DITEMUI SAH NORIAH KASNON


Noriah Kasnon


Kuching - Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Abidin Supardi, 57, mengesahkan mayat pertama nahas helikopter yang dijumpai adalah Datuk Noriah Kasnon.

Memetik laporan portal Harian Metro, Abidin berkata, mayat dikenal pasti menerusi pakaian dan barang kemas yang dipakai Noriah.

"Saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah melihat mayat itu dan memang betul Datuk Noriah.

"Saya bersimpati dengan apa yang berlaku walaupun anak-anaknya masih belum melihat jenazah ibu mereka," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Umum Sarawak (HUS), hari ini.

Semalam, helikopter yang membawa Noriah dan suaminya, Asmuni Abdullah serta Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar berlepas dari Betong, kira-kira 250km dari sini pada 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar 5 petang.

Penumpang lain ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri.

Al-Fatihah.


0 comments:

share2