Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, May 6, 2016

HENTI SEBAR BERITA TAK SAHIH


Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir


Ipoh - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta semua pihak supaya tidak menyebarkan sebarang berita tidak sahih mengenai nahas helikopter di Sarawak, petang semalam.

Beliau berkata ini demi menghormati perasaan anggota keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu.

"Kejadian seperti ini merupakan satu tempoh yang amat sukar bagi mereka dan memerlukan semua pihak menjadi lebih prihatin terhadap perkara yang berlaku," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zambry berkata, kerajaan negeri dan seluruh rakyat Perak turut terkesan serta prihatin dengan nahas helikopter itu yang Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad antara penumpangnya. 

"Saya juga turut prihatin dengan nasib penumpang yang lain iaitu Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon, suaminya Asmuni Abdullah dan pengawal peribadi Ahmad Sobri Harun," katanya. 

Menteri Besar Perak turut merakamkan penghargaan terhadap semua yang terbabit dalam usaha mencari dan menyelamat.

Helikopter itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang dalam penerbangan ke Kuching dan kali terakhir berhubung dengan menara kawalan pada 4.15 petang, setelah tiga minit berlepas.

Serpihan helikopter yang dinaiki enam orang itu termasuk Noriah ditemukan pagi ini.

Mayat seorang wanita dijumpai pasukan penyelamat mencari helikopter di tebing sungai Batang Lupar tengah hari tadi.


0 comments:

share2