Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 28, 2016

MAMPUKAH MOURINHO KENDALI MAN UNITED?


Mampukah Mourinho?


Awal pagi semalam, Jose Mourinho sah dilantik sebagai pengendali baharu Manchester United meninggalkan persoalan adakah mampu jurulatih kelahiran Portugal itu membawa The Reds Devils memacu semula kegemilangannya.

Jika dilihat pencapaian Mourinho sebelum ini, memang tidak mustahil dia mampu memberikan magis kepada United, tetapi berdasarkan pencapaian semasa bersama Chelsea sebelum dia dipecat, jelas taktikalnya sudah mula dapat dibaca pasukan yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bagi legenda United, Rio Ferdinand, Mourinho bakal berdepan cabaran besar dan perkara pertama yang perlu dilakukan Mourinho adalah mengembalikan semula semangat kemenangan dalam diri pemain.

“Ini adalah perkara menarik dan mencabar dalam karier kejurulatihan Mourinho. Perkara pertama yang perlu dibuat ialah mengembalikan mentaliti kemenangan dalam diri pemain.

“Keduanya, saya sering dengar cara Mourinho ini adalah bukan cara United bermain bola. Jadi dia kena buktikan caranya boleh digunakan untuk United,” katanya.

Namun, Ferdinand mengibaratkan Mourinho sebagai 'haiwan yang terluka' dan sedia mengganas di EPL selepas dipecat Chelsea dan mahu membuktikan sesuatu.


0 comments:

share2