Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 28, 2016

DUA PREMIS PERJUDIAN DIGEMPUR POLIS


Dua premis perjudian digempur polis


Iskandar Puteri - Dua premis perjudian yang berselindung di sebalik Premis Hiburan Keluarga (PHK) digempur Polis Daerah Iskandar Puteri sempena Ops Dadu, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superitendan Noor Hashim Mohd berkata, bertindak melalui hasil risikan, sepasukan polis menyerbu dua premis berasingan di sebuah pusat membeli belah, di sini.

Menurutnya, 12 kaki judi bersama dua penjaga kedai berjaya ditahan dalam operasi yang berlansung selama tiga jam tersebut.

"Mereka yang ditahan berusia dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun termasuk seorang warga asing dipercaya belerja sebagai penjaga kedai," katanya selepas selesai operasi yang dijalankan, semalam.

Beliau berkata, dalam serbuan berkenaan sebanyak 27 mesin judi berjaya dirampas bersama kesemua suspek.

"Pada serbuan di premis pertama kami merampas 15 mesin manakala 12 mesin di premis kedua," katanya.


0 comments:

share2