Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 8, 2016

LONDON PILIH DATUK BANDAR MUSLIM


London pilih datuk bandar Muslim


London - Sadiq Aman Khan dilaporkan menjadi Muslim yang pertama dipilih sebagai Datuk Bandar London.

Sadiq Khan yang merupakan calon kepada Parti Buruh memperoleh 1,310,143 undi manakala calon parti Konservatif, Zac Goldsmith memperoleh 994,614 undi.

Kemenangan tersebut diistiharkan Pemimpin Parti Buruh, Jeremy Corbyn meskipun parti pembangkang itu kalah di beberapa tempat di Britain.

Corbyn menerusi akaun Twitternya semalam turut mengucapkan penghargaan terhadap Sadiq Khan.

"Tahniah Sadiq Khan. Tidak sabar lagi bekerja dengan anda untuk menjadikan London kota yang adil untuk semua," katanya seperti yang dipetik menerusi Tweetnya.

Sadiq Khan hanyalah anak seorang pemandu bas yang berhijrah dari Pakistan pada tahun 1960-an menentang Goldsmith, yang merupakan seorang jutawan di London.

Sadiq Khan dalam ucapan ringkasnya melahirkan rasa bangga terhadap rakyat London yang memilih beliau sebagai datuk bandar.

"Saya gembira rakyat (di London) memilih harapan berbanding ketakutan. Mereka memilih penyatuan dan menolak sengketa," katanya lagi.


0 comments:

share2