Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 8, 2016

[KUANTAN] NAMPAK ASAP TEBAL, RUPANYA RUMAH SENDIRI TERBAKAR


Nampak asap tebal, rupanya rumah sendiri terbakar


"Dari jauh saya nampak asap berkepul- kepul di udara,namun tidak sangka asap yang saya nampak tu datang dari rumah saya sendiri," kata Fatin Syazwani Mohd Soffi, 23, yang tinggal sehelai sepinggang selepas rumahnya di Kampung Galing Besar di sini hangus terbakar petang semalam.

Ketika kejadian itu, Fatin dan suaminya, Mohd Shauli Osman, 29, bersama dua orang anak mereka dalam perjalanan pulang selepas menghantar anak kedua, Nur Damia Humaira, 4 bulan di klinik kira- kira jam 3 petang.

"Semakin dekat kami menghala ke rumah, asap semakin menebal dan saya mula rasa tidak sedap hati sebab rumah saya berada di situ.

"Setelah sampai, saya dan suami tergamam kerana memang rumah kami yang terbakar. Tiada yang sempat kami selamatkan kerana api marak begitu cepat," katanya.

Fatin berkata, jiran- jiran tidak dapat menghubungi dia dan suami untuk memberitahu rumah mereka telah terbakar, sehingga mereka pulang dari klinik.

"Sedih memang sedih tetapi saya masih bersyukur kerana tiada dalam rumah. ALLAH gerakkan hati saya dan suami untuk keluar, jika tidak mungkin kami semua turut rentung dalam rumah tersebut.

"Sedih mengenangkan apabila tiada satu pun barang yang dapat diselamatkan, dokumen, baju dan beberapa barangan rumah yang kami beli sikit-sikit selepas kahwin turut terbakar," katanya.

Fatin kini menumpang sementara di balai raya kampung dan masih belum memikirkan perancangan lain selepas ditimpa bencana tersebut.

Dia turut merayu sumbangan dan bantuan orang ramai berupa pakaian untuk mereka suami isteri dan dua anak yang masih kecil termasuk yang sulung, Nur Damia Arissa, 3.

Sumbangan boleh disalurkan ke akuan maybank 156012350728 atas namanya Fatin Syazwani Mohd Soffi.


0 comments:

share2