Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 2, 2016

ANSURAN RM73 SAJA, CARA TUNTUT HUTANG SAMSENG HABIS!




ISU cara menuntut hutang yang kasar terhadap pelanggan biasanya dikaitkan dengan penarik kereta dan mereka yang berhutang dengan ahlong atau kongsi gelap sahaja.


Namun kini, heboh pula di media sosial rungutan pelanggan yang tidak puas hati dengan cara pemungut hutang bagi pihak Courts Mammoth menuntut bayaran.

Sudahlah kasar beserta ugutan, ada antara pelanggan yang mendapat amaran itu pula mendakwa tidak mempunyai apa-apa tunggakan pun dengan premis yang menawarkan barangan perabot dan elektrik secara ansuran itu.



Seorang pengguna Facebook Rossmawati M Nawi memuatnaik mesej SMS yang diterimanya berkata, dia berasa amat sakit hati kerana sentiasa membayar ansuran bulanan melebihi jumlah sepatutnya.

Bagaimanapun setiap kali hujung bulan dia akan dihujani mesej-mesej amaran seolah-olah mempunyai hutang ribuan ringgit padahal bayaran bulanan cuma RM73 sahaja.

Antara ugutan yang diterima adalah pemungut hutang mahu datang sita rumah, akan ke pejabat bertemu majikan dan pelanggan mesti bersedia dengan wang ribuan ringgit.

Berikut SMS yang dikongsikan Rossmawati:




Pengguna Facebook Brader Rashid Rash turut berkongsi SMS yang diterima, antaranya tertulis; PEGAWAI KUTIPAN MR SAMY DALAM PERJALANAN KE ALAMAT ANDA BERSAMA LORI WTS 5471 UNTUK TARIK BARANG + CAJ LORI /COLLECTOR RM950″sedangkan dia membayar ansurannya setiap bulan.



Kalau pun pelanggan terlibat memang mempunyai tunggakan, kami tidak rasa mengutip hutang menggunakan cara SMS berbaur ugutan begini adalah betul.

Pelanggan dihubungi menerusi talian tetap, diberikan surat amaran.. itu pun segalanya perlulah menggunakan bahasa yang formal dan bukan menerusi mesej samseng seperti ini.

Diharapkan Courts Mammoth dapat membaiki kesilapan ini dengan memantau cara pekerja atau agensi yang diupah mereka mengutip hutang kepada pelanggan.

Pihak berkuasa juga diharapkan memainkan peranan untuk memastikan pelanggan tidak teraniaya dan hidup dalam ketakutan seolah-olah mereka diburu oleh anggota kongsi gelap.


0 comments:

share2