Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 2, 2016

LELAKI HISTERIA MERACAU, TERJUN SUNGAI


Lelaki histeria meracau, terjun sungai


Seremban - Seorang lelaki dipercayai histeria bertindak terjun anak sungai di Kampung Stesen, Kuala Sawah, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, lelaki berusia 30-an itu terjun anak sungai berhampiran rumah sebelum diselamatkan anggota bomba.

Mangsa yang tinggal bersama rakan sekerjanya itu dikatakan meracau dan terus berlari dari rumah sebelum bertindak terjun ke dalam anak sungai.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Pegawai Bomba Kanan II, Badroltamam Abdul Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.03 minit bersama sebuah jentera dan enam anggota ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, mangsa sudah terjun ke dalam sungai dan meracau seperti orang histeria. 

"Kami cuba menenangkan mangsa tetapi mangsa bertindak agresif. Kami terpaksa mengikat mangsa kerana berlaku pergelutan yang menyukarkan operasi menyelamat," katanya di sini.

Menurutnya, mangsa dibawa menaiki Ambulans ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk rawatan lanjut.


0 comments:

share2