Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 27, 2016

#PRNSARAWAK: MISTERI KENAPA DAP TAK REBUT KERUSI PAN?


PAN Khadam DAP


Kuching – Meskipun tidak disahkan atau dinafikan, semua maklum Parti Amanah Negara (PAN) ditubuhkan pada Hari Malaysia 16 September tahun lalu hasil kekecewaan 18 pemimpin PAS pro-DAP yang tewas pemilihan.

Bukanlah sesuatu yang rahsia apabila ramai perwakilan Muktamar Tahunan PAS 2015 menyedari agenda rahsia DAP ketika itu cuba menawan PAS dengan meletakkan calon proksi ketika pemilihan jawatan dalam parti tersebut.

Itu cerita dahulu dan kini Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 Sarawak menyaksikan penampilan parti serpihan PAS dari Semenanjung itu mencuba nasib beradu kekuatan dengan buat permulaan meletakkan 13 calon sulungnya.

Uniknya, ketika DAP sibuk berbalah dengan PKR dan bekas sekutunya dalam Pakatan Rakyat, PAS apabila berlaku pertindihan di beberapa kerusi strategik, PAN sebaliknya tidak disentuh langsung oleh DAP untuk PRN kali ini.

Bayangkan PKR, DAP dan PAS boleh bertembung sesama sendiri di sejumlah 12 kerusi berbeza tetapi tidak PAN, 13 kerusinya tidak direbut oleh DAP kecuali mereka hanya bertindih dengan PAS di lima kerusi majoriti Melayu.

Ini membabitkan Beting Maro, Sebuyau, Muara Tuang dan Samariang yang menyaksikan PAN bertembung PAS dan BN manakala di Sadong Jaya, pertembungan itu turut melibatkan calon bebas menjadikan empat penjuru.




Kerusi Demak Laut, Kabong, Semop dan Balingin memperlihatkan PAN bertemu satu lawan satu terus dengan calon BN manakala di Gedong, Jemoreng dan Kuala Rajang membabitkan saingan tiga penjuru dengan Bebas.

Bertuah PAN kerana bebas terjebak dengan sekutunya Pakatan Harapan ketika DAP bertindih enam kerusi dengan PKR, selain bertindih di satu kerusi dengan PAS dan dua kerusi melibatkan pertindihan calon PAS dengan PKR.

Pertembungan DAP dan PKR sudah boleh dijangka sejak dari awal lagi penubuhan Pakatan Rakyat dengan melihat Pakatan Harapan itupun adalah satu pakatan amat rapuh dan lebih kepada kepentingan untuk tunjuk gila kuasa.

Cuma menjadi tanda tanya, kenapa PAN tidak rebut kerusi dengan ‘taiko’ mereka, DAP mahu pun PKR, mengapa PAN mendapat laluan mudah untuk bertanding tanpa menimbulkan masalah dalam pembahagiaan kerusi PRN.

Ini jauh berbeza dengan senario dialami antara DAP dan PKR, sekali gus isu ini mendorong pelbagai persoalan daripada masyarakat umum khasnya pemerhati politik tempatan tempatan mahu pun penganalisis Semenanjung.

Kemudahan dinikmati PAN tidak seperti PKR yang menyebakan ada bebarapa kerusi berlakunya pertembungan sesama mereka tanpa ada semangat tolak ansur sehingga memeningkan kepala pemimpin utama mereka sendiri.




Adakah tindakan beri laluan mudah kepada PAN untuk bertanding pada PRN Sarawak semata-mata mahu aib PAS yang disisihkan daripada menjadi ahli Pakatan Harapan selepas Pakatan Rakyat dibubarkan oleh DAP tahun lalu.

Persoalannya mengapa DAP sanggup memberikan kerusi mereka untuk diwakili oleh PAN yang menjadikan DAP terpaksa mengurangkan kerusi mereka dan membiarkan PKR mendahului DAP di dalam pembahagiaan kerusi.

PKR bertanding di 40 kerusi, DAP 31, PAN 13, menerusi formula pengagihan dipersetujui tetap masih berlaku pertembungan antara DAP dan PKR yang jelas membuktikan bahawa pakatan ini sebenarnya pakatan yang rapuh.

Untuk meletakkan calon pun tidak mampu bermaufakat bagaimana mereka mahu mentadbir urus negara dengan satu kata pemutus, sudah pasti akan berlaku kecelaruan apabila mahu membuat satu-satu keputusan penting.

Ramai penganalisis menyifatkan bahawa tidak berlakunya percakaran berhubung pemberian kerusi antara PAN dan DAP ialah kerana DAP lebih berharap kepada PAN untuk menarik sokongan Melayu berbanding PKR sendiri.

Ini kerana untuk menarik pengundi bumiputera Islam kepada DAP adalah agak sukar kerana DAP sudah berjaya dijenamakan sebagai parti perkauman tebal cauvinis kepada kepentingan kaum Cina dan bukan bumiputera.



Maka di sini peranan PAN diperlukan, sekali gus DAP lebih rela serahkan sesetengah kerusi kepada parti baharu setahun jagung untuk bertanding terutama di kawasan ramai pengundi Melayu daripada diserah kepada PKR.

DAP khabarnya lebih yakin kemenangan berpihak kepada PAN jika mahu dibandingkan PKR yang mengalami krisis kepimpinan sejak sekian lama apatah lagi tonggaknya, Anwar Ibrahim telah dipenjarakan atas kes liwat.

DAP juga faham bahawa tidak semua orang Melayu Sarawak mahu memberi sokongan mereka kepada PKR kerana imej pemimpin-pemimpin parti ‘mata satu’ itu terpalit dengan pelbagai skandal moral dan isu rasuah di Selangor.

PAN juga diberi tanggungjawab untuk mengimbangi kehadiran PAS di Sarawak yang hanya mampu meletakkan 11 calon mereka untuk bertanding pada PRN ke-11 kali ini, selepas berjaya dinyah keluar Pakatan Rakyat oleh DAP.

Walaupun PAN dikatakan sebagai sebuah parti yang mengkhianati parti asal mereka iaitu PAS, pertembungan antara kedua parti berkenaan akan memberi maklum bahawa parti mana yang lebih diterima oleh rakyat Sarawak.

PAN secara tidak langsung perlu membuktikan bahawa pemberian kerusi untuk PRN kali ini sebenarnya pun hanya atas ihsan daripada DAP dan diharap tidak merugikan Pakatan Harapan itu sendiri.


0 comments:

share2