Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 27, 2016

#PRNSARAWAK: BERANIKAH DAP MENYINGKIRKAN PKR DARI PAKATAN HARAPAN?




Pilihan raya Negeri Sarawak ke-11 kali ini memperlihatkan kecelaruan susun atur ‘buah catur’ Pakatan Harapan apabila terdapat enam kerusi yang menyaksikan berlakunya pertarungan sesama sendiri antara PKR dan DAP, iaitu Batu Kitang, Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.

Ini berikutan wujudnya sifat ketidaksefahaman di antara parti-parti yang bernaung di bawah payung Pakatan Harapan.

Namun, bukan itu sahaja yang menarik perhatian dalam fiesta Pilihan raya Negeri ke-11 kali ini, tetapi yang lebih mengejutkan adalah apabila PKR mencalonkan ‘buah catur’ muflisnya di N.4 Pantai Damai. Calon dari PKR itu dibatalkan pencalonannya berikutan statusnya yang muflis.

Dalam masa yang sama, calon PKR untuk N.82 Bukit Sari, iaitu Alex Lihan gagal untuk menghadirkan diri di pusat penamaan calon semalam. Ini sekaligus menjadikan Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, calon PBB, menang tanpa bertanding. Alex diyakini menyerah kalah kerana menyedari beliau tidak mungkin dapat menyaingi kekuatan Datuk Amar yang sangat popular dan memounyai rekod khidmat yang baik di Bukit Sari.

Kekeliruan dalam percaturan calon dari Pakatan Harapan ini, menunjukkan bahawa mereka masih mentah dalam urus tadbir dan mencapai kesepakatan. Lebih-lebih lagi apabila ketiga-tiga pimpinan atasan Pakatan Harapan telah menandatangani perjanjian bersama pada 9 Januari 2016, yang menggariskan bahawa hanya satu calon dari Pakatan Harapan (sama ada PKR, DAP atau AMANAH) sahaja untuk setiap kerusi (sila rujuk Fasal 5.2: Perjanjian Pakatan Harapan).

Sekiranya janji sesama mereka gagal mereka tunaikan, apa yang rakyat ingin harapkan daripada mereka? Berdasarkan perjanjian yang dibuat oleh Pakatan Harapan, mana-mana parti yang melanggar perjanjian ini akan disingkirkan daripada Pakatan Harapan. Dengan ini kita mencabar DAP agar menyingkirkan PKR daripada Pakatan Harapan untuk membuktikan perjanjian bertulis itu bukanlah janji kosong.

Namun, saya dan anda tahu, ianya bukanlah PERJANJIAN PAKATAN HARAPAN, ianya hanyalah janji Pakatan Yang Tiada Harapan dan Tidak Boleh Diharap.


0 comments:

share2