Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 3, 2016

NAIK KADAR GST: NGO MAHU NURUL IZZAH DISIASAT


Nurul Izzah


Petaling Jaya - Polis diminta menyiasat dakwaan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menaikkan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada tahun depan.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan sebelum ini menegaskan kerajaan tidak akan menaikkan kadar cukai itu dan tidak pernah berbincang mengenainya di kalangan anggota kabinet.

"Saya minta polis siasat ceramah Nurul Izzah di Dataran Merdeka semalam yang tuduh BN akan naikkan GST,” katanya.

Beliau berkata, Nurul Izzah yang hadir lewat bersama ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terus membuat kenyataan berunsur hasutan dan memfitnah Perdana Menteri dan kerajaan BN.

"Saya juga mengutuk tindakan pakatan pembangkang yang menganjurkan himpunan serta menjejaskan kehidupan harmoni rakyat Malaysia di ibu negara yang mahu membawa keluarga bersiar-siar.

"Mereka sanggup membawa anak-anak kecil berdiri di dalam kumpulan orang ramai di tengah-tengah cuaca panas yang melampau ketika ini tanpa menghiraukan risiko mereka terkena serangan ‘strok haba’," katanya.

Menurutnya, beliau kesal apabila ada ahli keluarga yang membenci kerajaan tidak mengendahkan pesanan Kementerian Kesihatan yang meminta orang ramai tidak membawa kanak-kanak keluar di kawasan panas kerana fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini.

"Saya lihat himpunan demi himpunan anjuran Pakatan Harapan kini gagal kerana setiap kali dianjurkan peserta yang hadir cuma sedikit dengan suasana hambar dengan ceramah yang bosan," katanya.


0 comments:

share2