Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 26, 2016

[KUANTAN] RAMAH MESRA SANTAI RAKAN KKR PAHANG




26.4.2016 - Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Santai Rakan KKR Pahang Bersama Datuk Ir. Haji Adanan Bin Mohamed Hussein, Ketua Pengarah Kerja Raya di sebuah restoran makanan laut di Tg. Lumpur Kuantan malam tadi.

Turut hadir adalah Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, Timbalan-Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, Ketua-Ketua Penolong Pengarah serta Jurutera-Jurutera Daerah-Daerah Jabatan Kerja Raya dari seluruh Negeri Pahang.

Majlis makan malam berkenaan diadakan bagi meraikan dan merapatkan hubungan diantara Rakan KKR dari Kementerian Kerja Raya dengan penggiat media sosial di negeri Pahang. Usaha ini adalah sebagai lanjutan dari pertemuan yang diadakan di Kuala Terengganu beberapa bulan dahulu dimana Menteri Kerja Raya sendiri, Yb Dato' Sri Hj. Fadillah Hj. Yusof hadir dalam meraikan Rakan KKR Pantai Timur.

Dalam hal ini, Kementerian Kerja Raya nampak lebih kehadapan dengan mewujudkan rangkaian jalinan Rakan KKR di setiap Zon dan Negeri bagi membantu KKR menyampaikan maklumat tepat serta menyangkal maklumat palsu di media sosial.

PahangKu Media adalah satu-satunya media di Pahang yang aktif dimedia sosial serta komited membantu usaha Rakan KKR dalam menyampaikan berita kepada masyarakat.




0 comments:

share2