Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 29, 2016

[KUANTAN] KARNIVAL SUKAN UMNO BERSAMBUNG HARI KE-2




Karnival Sukan UMNO Peringkat Negeri Pahang 2016 yang diadakan sempena sambutan Ulangtahun UMNO yang ke-70 bersambung pada hari kedua hari ini yang menyaksikan beberapa lagi acara yang turut dipertandingkan.

Diantara yang menjadi tumpuan hari ini ialah acara Bola Sepak yang diadakan di Padang Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan dengan penyertaan sebanyak 14 Bahagian.


Tidak ketinggalan juga, acara suka Sepak Takraw yang bermula semalam hari ini juga disambung di Dewan Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang, Gambang. Turut diadakan dilokasi yang sama ialah acara Bola Tampar Lelaki dan Wanita yang juga bermula semalam.

Selain itu, acara Bola Jaring membuka tirai perlawanan hari ini yang akan diadakan di Gelanggang Terbuka Majlis Sukan Pahang, Indera Mahkota. Manakala acara Bowling pula bersambung dengan menyaksikan perlawanan perseorangan Lelaki dan Wanita di Berjaya Mega Lane.


Dua lagi acara yang turut dipertandingkan hari ini ialah Badminton yang diadakan di Dewan Persatuan Badminton Pahang dan Ping Pong yang bakal berentap di Dewan KRT Sungai Isap Jaya, Kuantan.

Diucapakan semoga maju jaya kepada semua pasukan yang bertanding dalam semua acara hari ini. Bersukan untuk Kesihatan, Bersukan untuk Perpaduan.

0 comments:

share2