Alor Setar - Pelatih Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS), Wan Mohd Aliff Faisal Wan Ismedi, 23, yang maut akibat strok haba di Jitra, Selasa lalu merupakan anak yang taat pada agama.
Ibunya Nortisayang@Norhayati Wok ,41 yang kini menetap di Kuantan, Pahang berkata, anaknya pernah mendapat tawaran belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir, pada 2012.
"Walau bagaimanapun, saya tidak membenarkannya menerima tawaran terbabit disebabkan krisis bergolak yang berlaku di negara berkenaan ketika itu,"katanya ketika dihubungi.
Menurut ibunya, selepas itu Wan Mohd Aliff Faisal mendapat tawaran di Universiti Malaysia Pahang dalam bidang kejuruteraan, namun menolaknya kerana tidak berminat.
"Setelah dua kali menolak tawaran belajar, anak saya akhirnya memilih Kolej Universiti Insaniah, Kuala Ketil," katanya.
0 comments:
Post a Comment