Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 29, 2016

#PRNSARAWAK: DAP LEBIH SAYANGKAN AZIZ SANGGUP CERAI DENGAN PKR




Semalam, Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP), Chong Chieng Jen berkeras tidak akan menarik balik calon mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang dan akan terus menentang calon Barisan Nasional mahupun calon dari PKR, sekutunya sendirinya.

DAP melahirkan keyakinan tinggi bahawa kerusi Batu Kitang akan berada dalam genggaman parti itu dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) ini menerusi satu-satunya calon melayu Abdul Aziz Isa.

Meskipun, DAP mengambil risiko yang tinggi dengan meletakkan anak Melayu di kawasan yang majoritinya pengundi kaum Cina namun tindakan tersebut tidak melumpuhkan sokongan terhadap calon lain terutamanya calon BN.

Chong mendakwa Aziz Isa mempunyai peluang cerah untuk menang sekali gus mencipta landskap politik baharu dalam DUN Sarawak dengan menjadi pembangkang kaum Melayu pertama di Sarawak sekiranya menang.

Beliau turut mendakwa kerusi itu pasti dalam genggaman DAP tanpa sebarang cabaran sekiranya PKR tidak bertanding di situ.

Ternyata, strategi licik Chong dalam memastikan kemenangan berpihak kepada Aziz Isa di kawasan tersebut memberikan gambaran bahawa DAP sanggup mengetepikan PKR walaupun kedua-dua mereka bernaung di bawah gagasan yang sama iaitu Pakatan Harapan.

Katanya tindakan PKR yang turut meletakkan calon di Batu Kitang, menyebabkan sokongan kepada pembangkang menyusut kepada 45 peratus dan percaya DAP mampu menaikkan peratusan kepada 51 peratus menjelang hari pengundian.

Pertelingkahan antara DAP PKR semakin panas apabila kedua-duanya enggan mengalah demi kepentingan parti masing-masing.

Chong berkata parti itu kini akan memberi fokus terhadap kesemua 31 kerusi yang ditandinginya, dan tidak akan lagi memikirkan berhubung perebutan kerusi dengan PKR.

Terdahulu, Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke mencadangkan untuk menarik pencalonan di kerusi itu jika PKR berundur daripada lima kerusi bertindih antara kedua-dua parti berkenaan namun cadangan tersebut dilihat lebih memihak kepada DAP menyebabkan PKR juga enggan mengalah.

Batu Kitang yang merupakan kerusi baharu daripada 82 kerusi negeri menyaksikan saingan antara calon BN Lo Khere Chiang, Voon Shiak Ni (PKR), Datuk Seri Othman Bojeng dan Sulaiman Kadir, masing-masing calon Bebas.


0 comments:

share2