Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 27, 2016

[JERANTUT] ‘JANGAN SAMPAI KITA KETINGGALAN'


‘Jangan sampai kita ketinggalan’


Tidak membiasakan diri dengan fakta dan sering melayan persepsi membuatkan kita keting- galan berbanding negara maju lain.

Malah, lebih mempercayai fitnah yang disebarkan melalui laman sosial tanpa mendapatkan fakta yang sebenar juga turut menjadikan bangsa Melayu lebih lemah berbanding bangsa lain di negara ini.

Justeru, Ahi Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris menegaskan akan kepentingan untuk membaca dan mencari ilmu bagi meningkatkan kedudukan Melayu sebagai kaum majoriti negara ini.

Tambahnya, sejarah kegagalan Melayu adalah kerana kekurangan ilmu di samping lebih cenderung untuk menjatuhkan sesama sendiri.

“Di Amerika Syarikat dan di Kanada, rakyat secara purata membaca 17 buku setahun berbanding Malaysia yang membaca dua buku sahaja dalam setahun.

“Melihatkan kekurangan ini, bagaimana kita hendak bersaing dengan negara lain,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit yang diadakan di Perpustakaan Awam Jerantut, kelmarin.

Beliau juga menggalakkan masyarakat menanam keazaman untuk terus mengamalkan budaya membaca sebagaimana yang ditunjukkan kepada kita melalui penurunan surah pertama al-Quran kepada Rasulullah SAW.

Beliau turut menyasarkan kepada masyarakat untuk meningkatkan purata bacaan buku negara ini kepada sekurang-kurangnya lima buah setahun berbanding dua sebelum ini.

“Hari ini (kelmarin) kita lihat usaha perpustakaan untuk menggalakkan amalan membaca melalui program ini kepada masyarakat, oleh itu, saya harap amalan ini tidak disia-siakan sebaliknya diteruskan juga di rumah atau di mana-mana sahaja,” katanya.

Majlis yang dihadiri Ketua Perpustakaan Awam Cawangan Jerantut, Norizan Abdullah itu turut dihadiri Setiausaha Majlis Daerah Jerantut, Wan Norizan Wan Badaruzaman dan ketua-ketua jabatan dan agensi daerah ini.

Norizan berkata, program terbabit merupakan inisiatif Perpustakaan Negeri di mana program seumpama itu diadakan secara serentak di seluruh negeri.

Menurutnya, program seumpama itu merupakan program julung kali diadakan sebagai salah satu inisiatif memupuk minat membaca kalangan masyarakat selain memartabatkan perpustakaan sebagai hub pendidikan dan turut memartabatkan pustakawan sebagai warga pendidik kedua selepas guru.

”Saya merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program ini dan berharap agar ia dapat diteruskan di lokasi masing-masing pada masa akan datang,” katanya.


0 comments:

share2