Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 27, 2016

SIVARASA BERI KETERANGAN KEPADA POLIS


Sivarasa Rasiah


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah semalam dipanggil polis susulan didakwa memuat naik gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengaibkan.

Sivarasa berkata, dirinya tiada masalah hadir ke balai dan sedia memberikan kerjasama yang baik kepada polis untuk disiasat.

"Saya diambil keterangan berkaitan isu gambar itu. Bagi saya, ini adalah pengorbanan kecil tapi jika demi rakyat Malaysia saya tidak kisah.

"Saya difahamkan kes ini disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay mendesak pihak berkuasa segera menjalankan siasatan ke atas pemimpin parti pembangkang itu.

“Kami menggesa polis dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) supaya siasat pemimpin tidak bermoral itu kerana menyebarkan gambar dan maklumat palsu yang berunsur fitnah dan hasutan.

“Kami sifatkan ia sebagai satu perbuatan terdesak yang bertujuan memalukan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian di pekarangan IPD Daerah Dang Wangi selepas membuat laporan polis ke atas pemimpin itu, hari ini.

Laporan turut dibuat oleh IRIMM Pulau Pinang dan Rela Parlimen Selayang.


0 comments:

share2