Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 27, 2016

AHLI UMNO DILARANG SERTAI HIMPUNAN

Azharudin Shujaudin



SEREMBAN - Pemuda Umno Negeri Sembilan membuat ketetapan tidak membenarkan ahlinya menyertai Himpunan Deklarasi Rakyat 'Selamatkan Malaysia’, Ahad ini.

Timbalan Ketuanya, Azharudin Shujaudin berkata, ketetapan ini dibuat berikutan pihaknya tidak bersetuju dengan tindakan pemimpin yang cuba menggugat keamanan negara ini.

“Ini semua disebabkan emosi, bila perasaan marah dan ketidak puasan hati ada pada kepimpinan pentadbiran negara dan politik pada hari ini, sebab itu ada tindakan daripada pihak tertentu yang mahu menjatuhkan kepimpinan sedia ada. 

“Bagaimanapun, saya yakin perhimpunan itu tidak akan berjaya melihat kepada beberapa siri perhimpunan sebelum ini,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Seremban bagaimanapun berkata, pihaknya akui biasanya golongan muda mempunyai kehendak ingin tahu, namun mereka perlu sedar akan implikasinya.

“Mungkin akan ada yang pergi tapi bukan menyatakan sokongan tetapi disebabkan ingin tahu dan melihat apa yang berlaku.

“Namun begitu, seboleh-bolehnya ahli Pemuda Umno tidak turut serta dalam perhimpunan itu kerana ia akan merosakkan imej Pemuda Umno dan Umno sendiri,” katanya.

Ditanya sama ada mempunyai maklumat terdapat gerakan Pemuda Umno negeri yang bercadang akan menyertai perhimpunan itu, katanya, setakat ini pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat tersebut.

“Sekiranya ada, mereka tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan disiplin mengikut kepada perlembagaan parti,” katanya.












0 comments:

share2