Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 27, 2016

'SELEPAS INI APA LAGI AKAL MAHATHIR AGAKNYA?'


Sohaimi Shahadan


Shah Alam - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan hari ini membidas tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, tindakan Mahathir tidak pernah dijangka akan berlaku dalam sejarah Umno.

"Tidak terfikir oleh kita Dr Mahathir begitu terdesak menumbangkan seorang perdana menteri yang telah membekalkan bilangan wakil rakyat terbesar dalam Dewan Rakyat.

"Tindak tanduk dan percubaan licik Dr Mahathir mengocak dan membuat kacau terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib membuka pekung yang selama ini disembunyikannya bahawa benarlah beliau gemar bergaduh dengan semua perdana menteri dan timbalannya sebelum ini," katanya.

Baru-baru ini, Mahathir dan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan serta bekas Ahli Wanita Umno Langkawi, Anina Saaduddin memfailkan saman berhubung salah laku dalam pentadbiran terhadap Najib.

Dalam pada itu, Sohaimi mendakwa ramai tidak mengetahui disebalik konflik dalaman pada zaman Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri.

"Ramai tidak tahu sebenarnya Tun Hussein bukan berundur kerana faktor kesihatan namun kerana tekanan yang kuat diberikan Dr Mahathir.

"Hari ini pula Dr Mahathir kembali memainkan peranan sebagai `Puppet Master’ kepada banyak pihak," katanya.

Dakwanya, Mahathir bijak mempengaruhi dan menggunakan pelbagai pihak untuk mencapai tujuan dan hasratnya.

"Ramai yang telah terjebak dalam skrip karangan beliau, bermula dari isu pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), 1MDB, isu derma, menyokong himpunan kuning, membuat 'roadtour' ceramah, menggunakan Tan Sri Muhyiddin Yassin, keluar Umno, deklarasinya dengan Lim Kit Siang dan terbaharu, menyaman presiden parti.

"Selepas ini, apa lagi akal Dr Mahathir agaknya? Mari kita lihat," katanya yang menyifatkan sudah hilang rasa hormat dan sayang kepada Mahathir.

Tambahnya, "Dr Mahathir harus ingat bahawa sokongan majoriti atau 'silent' majoriti masih bersama dan menyokong Datuk Seri Najib. Mereka yang memerhatikan tindak tanduk permainan beliau kini sudah hilang rasa hormat kepadanya."


1 comments:

  • Anonymous says:
    March 27, 2016 at 2:00 PM

    Selagi bernyawa...selagi hajat tak kesampaian...dia akan lakukan apa sahaja utk jatuhkan najib.
    Nampak jelas kebencian dan dendam pada wajah tuanya.
    Keberkuasaannya gagal sama sekali dinasihati oleh sesiapa wlpun waris dan rakan akrabnya.
    Kroni pulak...hanya tersenyum dan berkata,"Lantak kau ler...aku dh kaya!"

share2