Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 23, 2016

SATU KES STROK HABA DI PERAK


strok


Ipoh - Jabatan Kesihatan Negeri mengesahkan, satu kes strok haba direkodkan berlaku di Perak melibatkan seorang lelaki berusia 20 tahun.

Pengarahnya, Datuk Dr Juita Ghazalie berkata, kes berlaku pada 14 Mac lalu melibatkan seorang warga tempatan yang bekerja di kawasan pelabuhan.

Bagaimanapun menurutnya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai tidak serius dan tiada sebarang penyakit lain yang dikesan berlaku.

“Ketika dimasukkan ke hospital, suhu mangsa yang direkodkan adalah 41.5 darjah celcius, ia melebihi suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.

“Mangsa dibenarkan pulang selepas tiga hari, menerima rawatan di Hospital Seri Manjung,” katanya.

Kementerian Kesihatan sebelum ini memaklumkan, menerima 29 laporan masalah kesihatan berkaitan cuaca panas melampau termasuk dua kes terbaru strok haba masing-masing dilaporkan di Kedah dan Perak menjadikan jumlah kes strok haba secara keseluruhannya, kepada lima kes.


0 comments:

share2