21.3.2016 - Yb Dato' Shahaniza Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang telah mengadakan lawatan kerja resmi ke Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom dengan disertai rakan-rakan media.
Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom di Penor Pekan Pahang ini telah diwartakan sebagai tempat selamat berdasarkan peruntukan 54/1 Akta Kanak-Kanak 2001 yang diwartakan pada 9 Disember 2010.
Kawalan ketat diberikan bagi memastikan kanak-kanak yang mendiami rumah tersebut didalam keadaan selamat dari sebarang kemungkinan, justeru kemasukannya mestilah mematuhi prosedur yang ditetapkan.
Seramai 97 orang kakitangan ditugaskan bagi menjaga seramai 164 orang kanak-kanak dan bayi yang ditempatkan di sini dari seluruh negara.
Bercakap kepada wartawan sejurus selepas lawatan berkenaan, Yb Dato' Shahaniza menyatakan rasa puashatinya terhadap tahap kebersihan dan layanan yang diberikan oleh kakitangan berkenaan.
Lawatan bersama media ini diharap akan dapat menepis persepsi negatif masyarakat mengenai Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom ini.
Seramai 13 orang Ahli Lembaga Pelawat dilantik oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi memberi pandangan dan nasihat terhadap pengurusan rumah berkenaan.
0 comments:
Post a Comment