Tindakan segera Majlis Perbandaran Bentong (MPB) memotong pokok besar di tepi Surau Taman Gemilang, di sini, melegakan penduduk setempat.
Pokok yang tingginya melebihi paras bumbung surau dan sudah reput itu dikhuatiri membahayakan orang ramai.
Wakil penduduk, Mohd Yusuf berkata, tindakan itu melegakan keluarganya dan penduduk setempat selain pengguna jalan raya yang berulang alik di laluan itu.
Menurutnya, orang ramai tidak perlu bimbang lagi melalui kawasan itu terutama pada musim hujan.
“Pokok besar yang terlalu tinggi itu membahayakan penduduk terutama kepada mereka yang datang surau untuk menunaikan solat,” katanya.
Pasukan Smart Force Majlis Perbandaran Bentong (MBP) yang diketuai Zulkefly Dahalan, segera menebang pokok besar itu selepas menerima aduan penduduk.
Ahli Majlis MBP, Betty Wong June Chin berkata, tiga anggota Smart Force MBP melakukan kerja penebangan selepas mendapat aduan daripada ahli jawatankuasa Surau Taman Gemilang.
“Saya harap orang ramai segera buat aduan jika ada masalah lain berkaitan MBP supaya ia dapat diatasi bersama,” katanya ketika meninjau kerja penebangan pokok itu.
0 comments:
Post a Comment