Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 21, 2016

CUACA PANAS MELAMPAU - SEMUA SEKOLAH DI KEDAH DAN PERLIS DI TUTUP

Panas


Semua sekolah di Kedah dan Perlis diarah tutup dua hari mulai esok berikutan cuaca panas melampau.


Cuaca panas melampau ekoran fenomena El Nino mendatangkan kebimbangan kepada ibu bapa terhadap kesihatan anak-anak mereka berikutan suhu panas melebihi 37 darjah Celcius yang dicatatkan sejak awal bulan ini.

Ibu kepada pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muadzam Shah, Mashitah Abu Bakar, 58, berkata dia bimbang dengan kesihatan anaknya Muhammad Ilman Syahir Ibrahim, 17, yang kerap ulang-alik ke sekolah bagi menghadiri kelas tambahan.

"Sebelum anak ke sekolah, saya akan pastikan dia membawa bekalan air yang mencukupi dan menyuruhnya terus pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan kerana bimbang akan terdedah di bawah cuaca panas.

"Perasaan bimbang itu sedikit terubat apabila mendapat tahu bahawa semua aktiviti luar kelas tidak akan dijalankan tetapi saya minta pihak Kementerian Pendidikan dapat membuat keputusan yang wajar sekiranya keadaan suhu semakin tinggi," katanya kepada Bernama hari ini.

Mashitah berkata sejak berlakunya fenomena El Nino ini, anaknya kerap letih dan tidak terlalu aktif menjalankan kegiatan sukan selain lebih gemar menghabiskan masa di dalam rumah dengan menyiapkan kerja-kerja sekolah.

"Kalau sebelum ini dia suka main bola sepak bersama kawan-kawannya tetapi sejak musim panas ini saya minta dia kurangkan aktiviti di luar kerana bimbang dia akan terkena strok haba. Saya juga menyediakan beberapa makanan tambahan bagi mengekalkan kecergasannya semasa di sekolah," katanya.

Mat Nazari Mat Jasi, 52, berkata walaupun anaknya Mohd Hafiz Mat Nazari, 15, tidak menunjukan sebarang simptom terkena strok haba, dia masih bimbangkan kesihatan anaknya yang mudah jatuh sakit.

"Anak senang demam tetapi setakat ini kesihatan dia tiada masalah cuma kami kena pastikan dia tidak terdedah dengan cuaca panas terlalu lama selain mematikan anak kerap minum air kosong dan mengurangkan aktiviti di luar.

"Saya juga akan menghantar dan mengambil anak di sekolah dan sekiranya bekerja, saya akan minta anak untuk membawa payung. Sekurang-kurangnya dia (anak) terlindung sedikit daripada pancaran matahari dan suhu yang tinggi," katanya.




0 comments:

share2