Dubai – Pemilik penerbangan tambang murah Dubai, Flydubai sebentar tadi mengesahkan pesawat miliknya, FZ981 terhempas ketika hendak melakukan pendaratan di lapangan terbang Rostov on Don, Rusia.
Melalui satu kenyataan di Facebook, Flydubai berkata pihaknya sedang mencuba segala cara untuk mengumpul maklumat secepat mungkin.
“Flydubai mengesahkan penerbangan FZ981 terhempas ketika mendarat dan sudah disahkan sebagai punca kejadian. Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang antarabangsa Dubai (DBX) pada 18.20 GMT menuju ke Lapangan Terbang Rostov on Don (ROV). Insiden itu berlaku kira-kira pada 00.50 GMT.
“Pada saat ini, doa kami bersama penumpang dan kru kami yang berada dalam pesawat tersebut. Kami akan cuba lakukan semampu kami untuk membantu sesiapa yang terjejas akibat kejadian ini,” kata kenyataan itu.
Menurut Flydubai, pihaknya meletakkan pasukan kecemasan di kawasan kejadian dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang terlibat.
Pihaknya juga akan berkongsi maklumat sebanyak mungkin kepada umum secepat mungkin.
Melalui laporan RT pula, lapangan terbang Rostov on Don akan ditutup sekurang-kurangnya sehingga jam 6 pagi waktu Rusia.
0 comments:
Post a Comment