Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 13, 2016

[BENTONG] PUTERI UMNO PAHANG KESAL TINDAKAN TUN M


Puteri Umno Pahang kesal tindakan Tun M


Pakatan Tun Dr. Mahathir bersama pembangkang terus mendapat bantahan apabila Pergerakan Puteri Umno Pahang hari ini sebulat suara menolak pakatan yang cuba menjatuhkan Perdana Menteri itu.

Ketua Puteri Umno Pahang, Azlina Azma Mohd Azmi berkata, mereka yang mewakili golongan muda di negeri ini amat kesal dengan tindakan Tun Mahathir Mohamad dan juga segelintir pemimpin Umno yang tidak menghormati perlembagaan itu.

Menurutnya tindakan itu memberi impak yang tidak baik kepada golongan muda yang bakal menjadi pelapis kepada kepimpinan negara kelak.

"Kami berasa sedih kerana bekas Perdana Menteri sendiri dan segelintir pemimpin bersekongkol dengan Lim Kit Siang sedangkan selama ini Mahathir sendiri sering mengecam Lim Kit Siang dan agenda DAP.

"Jadi kami sepakat menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin negara dan berharap tiada spekulasi di media sosial yang menyatakan Perdana Menteri tidak mendapat sokongan golongan muda," katanya dalam sidang media di Pejabat Umno Bahagian Bentong di sini semalam.

Lebih 30 orang pemimpin Puteri Umno daripada 14 bahagian di negeri ini hadir bagi menyatakan sokongan padu kepada Najib.

Menurut Azlina, Puteri Umno menyifatkan tindakan bersekongkol dengan Dap merupakan satu tindakan yang keterlaluan memandangkan parti tersebut jelas menentang perjuangan parti Umno.

Katanya, pihaknya merasakan tindakan sebahagian pemimpin Umno seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah tidak wajar dan hanya mengikut emosi dan perasaan semata-mata

Tambahnya, beliau berkata, Puteri Umno amat mengharapkan kerjasama yang baik antara semua pemimpin bagi memastikan masa depan generasi muda di negara ini sentiasa terjamin.

"Bekas Perdana Menteri sebelum ini pun pernah memimpin negara juga dan setiap pemimpin ada baik dan buruk jadi kita sebagai pemimpin muda mengharapkan agar kesepakatan dan kerjasama yang erat dalam memimpin negara," ujarnya.


0 comments:

share2