Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 13, 2016

AS BIMBANG UJIAN PELURU BERPANDU IRAN


AS bimbang ujian peluru berpandu Iran


Tehran - Amerika Syarikat (AS) akan menyuarakan isu berkenaan pelancaran peluru berpandu yang dilakukan oleh Iran di mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang dijangka berlangsung pada Isnin ini.

Duta Besar AS di Iran, Samantha Power berkata, isu ini perlu disuarakan setelah melihat tindakan Iran yang semakin kerap menjalankan ujian peluru berpandu sejak kebelakangan ini.

“Kami akan menyuarakan kebimbangan ini di dalam majlis tersebut. AS memerlukan kerjasama daripada negara lain bagi menyokong tindakan u ntuk memperlahankan program peluru berpandu Iran,” katanya dalam satu kenyataan.

Samantha turut mendakwa beberapa pemimpin Iran menyatakan bahawa kesemua peluru ini dicipta untuk menakutkan Israel dan AS mengutuk tindakan berkenaan.

Mesyuarat Majlis Keselamatan itu diadakan bagi membincangkan isu berkenaan serta isu di Syria.

Sementara itu, Kementerian Luar Iran pada Rabu lalu berkata, ujian berkenaan tidak langsung melanggar perjanjian nuklear.


0 comments:

share2