Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, February 21, 2016

SATU LAGI UNIVERSITI DI PEKAN


Satu lagi universiti di Pekan


Kewujudan sebuah lagi universiti di Pekan membuktikan komitmen semua pihak yang mahu sektor pendidikan terus berkembang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, DRB-Hicom University (DHU) of Automotive Malaysia menjadi mercu tanda baharu dalam memacu pendidikan automotif serantau.

Menurutnya, DHU yang dikenali Kolej Antarabangsa Automotif Malaysia (ICAM) sebelum ini berjaya mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

"Setakat ini kumpulan itu sudah membelanjakan RM350 juta sejak lima setengah tahun lalu bagi membangunkan universiti yang sebelum ini dikenali sebagai Kolej Antarabangsa Automotif (ICAM).

"Kumpulan itu juga akan membelanjakan tambahan RM150 juta bagi meningkatkan kemudahan prasarana universiti itu termasuk berkaitan makmal penyelidikan dan pembangunan (R&D)," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian DHU oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, di sini, sebentar tadi. Tengku Abdullah kemudian dimasyhurkan sebagai Canselor DHU. 

Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh; Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad, Tan Sri Mohd Khamil Jamil; dan Naib Canselor DHU, Prof Garry Clayton.


0 comments:

share2