Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 25, 2016

[KUANTAN]: HINA SULTAN PAHANG DI FACEBOOK : DATO' SHAHANIZA LAPOR POLIS




25.2.16 - Exco Komunikasi Dan Multimedia Negeri Pahang, Yb. Dato' Shahaniza Shamsuddin membuat laporan polis hari ini berikutan munculnya 5 pendaftaran akaun palsu di Facebook yang menggunakan nama 'Sultan Pahang'.

"Pendaftaran akaun palsu di Facebook menggunakan nama Sultan Pahang dan memuatnaikkan gambar lucah dan memalukan, provokasi melampau begini sengaja mahu mencetuskan suasana tidak sihat dan menimbulkan suasana hasutan bagi membenci Institusi Raja berperlembagaan di Negara ini".

"Saya rasa pihak yang tidak bertanggungjawab ini berniat jahat dan dijika dibiarkan mereka akan beranggapan ia perkara remeh."

Dato' Shahaniza mahu pihak Suruhanjaya Komuikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menghina Institusi Raja-raja sebagai mengajaran kepada masyarakat untuk menghormati Perlembagaan Negara.

Kumpulan Belia Kuantan, Persatuan Cina Kuantan, dan wakil-wakil UMNO dari lebih 3 daerah di Pahang turut membuat laporan Polis hari ini.




0 comments:

share2