Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 27, 2016

[BENTONG] BENTONG WALK TARIKAN BAHARU


Bentong Walk tarikan baharu


Bentong Walk dijangka dapat menjadi tarikan pelancong di daerah ini selain menambah aktiviti pelancongan sempena Tahun Melawat Pahang tahun depan.

Pesta yang diinspirasikan oleh Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai itu juga akan dikenali sebaris dengan halia Bentong dan durian Musang King.

Tiong Lai berkata, dua produk berkenaan cukup dikenali di daerah ini.

“Selain kaya dengan sumber semulajadi dan pemandangan indah, kita mahu pelancong ada kenangan manis lain melalui pesta ini sekali gus menjana ekonomi penduduk,” katanya ketika melancarkan Karnival Tahun Baharu Cina di sini.

Menteri Pengangkutan itu berkata, banyak keistimewaan lain ditawarkan kepada pengunjung untuk memperkenalkan Bentong kepada pelancong dalam dan luar negara secara berperingkat.

Bentong Walk adalah pesta hari terakhir sambutan Tahun Baharu Cina yang bermakna bagi masyarakat Tionghua di daerah ini.

Pesta selama tiga hari itu dimeriahkan dengan persembahan tarian singa selain persembahan kebudayaan dari pelajar dan artis tempatan.

Sementara itu, pengujung, Foo Ah Low, 40, berkata, pesta itu menjadikan bandar Bentong sangat meriah dengan kehadiran pelancong.

Katanya, sebelum ini bandar Bentong lengang apabila berakhirnya musim perayaan kerana ramai warganya pulang ke tempat masing-masing untuk bekerja.

“Tetapi tahun ini sangat berbeza. Kami mempunyai banyak pelancong di pesta yang menjadikannya lebih meriah," katanya.


0 comments:

share2