Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 20, 2016

ANAK BEKAS TPM AKAN DIPANGGIL POLIS


Anak bekas TPM akan dipanggil polis


Kuala Lumpur - Gara-gara memuat naik gambar logo polis yang diubah suai dengan gambar uncang duit, anak kepada bekas timbalan perdana menteri akan dipanggil polis bagi merakamkan keterangan.

Perkara ini dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi twitternya pagi tadi.

Menurutnya, anak bekas timbalan perdana menteri itu akan dipanggil untuk menjelaskan tindakannya itu.

“@PDRMsia akan panggil ... untuk dia jelaskan apa yang dimaksudkan dengan tanda tersebut (undang duit) di crest PDRM yang beliau siarkan di instagramnya,” katanya.


0 comments:

share2