Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 4, 2016

PETI SIMPANAN DEPOSIT DITEBUK


Peti simpanan deposit ditebuk


Segamat - Seorang pemilik premis menjual barangan lusuh di kawasan perindustrian berhampiran Lebuhraya Segamat-Kuantan, di sini, kerugian RM10,000 apabila premisnya dipecah masuk, malam kelmarin.

Pemilik premis, Hong Kim Boo, 61, berkata, dia hanya menyedari kontena yang dijadikan pejabat operasi perniagaannya itu dipecah masuk kira-kira pukul 9 pagi semalam sewaktu hendak memulakan tugasan.

“Saya mendapati pintu masuk ke pejabat telah dikopak dan terkejut apabila mendapati peti deposit wang tunai yang turut diletakkan di dalam pejabat turut ditebuk menggunakan mesin pencanai (grinder) dan gerudi elektrik.

“Wang tunai sebanyak RM10,000 yang disimpan di dalam peti deposit tersebut sehari sebelum kejadian juga turut dilarikan dan sebenarnya duit tersebut akan digunakan untuk membayar penjual barangan lusuh,” katanya.

Menurutnya, ini merupakan kali pertama pejabat operasinya dipecah masuk dan melibatkan kerugian besar selepas beberapa tahun berniaga dan akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan mengupah pengawal keselamatan pada masa akan datang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan pihaknya juga telah melakukan siasatan.


0 comments:

share2