Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 7, 2015

WARGA EMAS REBAH PULANG DARI ISTANA


Warga emas rebah pulang dari istana


Johor Bahru - Seorang warga emas secara tiba-tiba rebah di laluan pejalan kaki berhadapan dengan Mahkamah Tinggi Johor Bahru di sini, kira-kira jam 12 tengahari, semalam selepas gagal memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.

Mohd Yusoff Naina Muhammad, 63, menunggang motosikal sendirian dari Taman Desa Paya Mengkuang, Gelang Patah, kira-kira jam 9 pagi menuju ke Istana Besar Johor Bahru.

Dia bagaimanapun tidak dibenarkan memasuki kawasan Istana Besar selepas waktu penghormatan untuk orang awam tamat pada jam 11 pagi.

Mohd Yusoff dikatakan secara tiba-tiba menghadapi tekanan darah tinggi dan rebah ketika berjalan kaki kembali menuju semula ke kawasan parkir motosikalnya.

Mohd Yusoff sempat memberitahu dia berada dalam keadaan sihat ketika keluar dari rumah, namun tidak sempat bersarapan kerana berasa sudah terlewat ke istana.

Orang ramai yang berada berhampiran menghulurkan bantuan, selain anggota polis menghubungi ambulans untuk dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Anggota polis yang sedang bertugas sempat menghubungi anak Mohd Yusoff sebelum dihantar ke HSA oleh ambulans yang tiba lebih kurang 15 minit selepas dihubungi polis.


0 comments:

share2